Kalau kau tengah baca ni, besar kemungkinan kau pun sama macam aku – pernah rasa stuck, scroll TikTok atau IG berjam-jam tapi tak tahu apa sebenarnya yang boleh bantu tambah duit poket bulan-bulan. Aku bukan nak jadi motivator, dan aku bukan sifu Canva. Tapi aku nak kongsi satu benda yang aku baru sedar – Canva mungkin salah satu jalan keluar yang kita terlepas pandang selama ni.
Aku baru lepas baca satu panduan yang tajuk dia “Duit Canva”. Asalnya aku tak expect banyak pun, ingatkan ni macam panduan-panduan hype yang banyak sangat berlegar. Tapi bila aku baca, aku rasa macam… eh, ni actually masuk akal. Bukan pasal kaya cepat. Tapi pasal buka peluang baru dengan tools yang selama ni kita guna main-main je.

Canva Bukan Sekadar Untuk Buat Poster
Selama ni bila orang sebut Canva, aku ingat kerja sekolah budak design, atau orang bisnes yang malas nak upah designer. Tapi dalam ebook ni, penulis share macam mana dia sendiri buat RM12,000 dalam masa 48 jam – bukan jual produk, tapi hasil dari servis design banner peniaga bazar.
Dan yang menarik, semua tu dibuat dengan Canva. Bukan Photoshop, bukan AI canggih-canggih. Just Canva.

“Aku Bukan Designer, Boleh Ke?”
Soalan ni pun aku tanya dalam hati masa baca. Tapi bila masuk bab demi bab, aku perasan Canva ni memang dibina untuk orang biasa. Banyak benda dalam tu boleh drag-and-drop je, dan kalau nak nampak macam pro sikit, ada step-by-step yang dia ajar.
Kau tak perlu jadi pakar tipografi atau faham layout AIDA bagai. Kau cuma perlu mula.
Dan bila kau dah faham benda basic – macam positioning, guna template, tahu main elemen, dan sekarang siap ada AI tool dalam Canva – kau dah boleh mula offer servis, atau at least tolong kawan buat content.

5 Cara Real Buat Income Dengan Canva
Ebook ni tak sembang kosong. Dia tunjuk 5 cara direct yang orang boleh explore:
- Kerja entry-level – Ada syarikat kecil cari orang buat design simple. Gaji tak besar, tapi pengalaman tu boleh jadi stepping stone.
- Freelance/Servis sendiri – Buat poster, resume, header TikTok, kad kahwin. Kalau kau boleh buat 1 design menarik, kau boleh mula.
- Program Canva Creator – Kalau kau kreatif dan buat template sendiri, Canva akan bayar royalti bila orang guna design kau.
- Bisnes sendiri – Guna Canva untuk buat semua bahan marketing produk yang kau jual.
- Content creator – Canva boleh bantu buat video pendek untuk TikTok & YouTube Shorts. Tak perlu tunjuk muka pun.

Benda Yang Aku Rasa Paling Kena
Bab paling bagi tamparan – bila penulis kata kita habiskan 7–8 jam sehari kat phone, tapi tak guna langsung masa tu untuk buat sesuatu yang boleh hasilkan sesuatu. Kalau kita guna sikit masa tu untuk belajar Canva, mungkin boleh tukar 30 minit sehari jadi satu design. Dari satu design boleh jadi satu servis.

“Kau Serius Ke? Ni Macam Promosi Je Bunyi Dia”
Jujur, aku tak nak paksa kau beli apa-apa. Aku pun bukan jenis hardsell atau buat testimoni palsu. Aku cuma rasa benda ni sayang kalau kita tak tahu. Aku pun baru je mula explore. Tapi aku rasa benda ni worth untuk kau usha sendiri.
Sebab tu aku letak link panduan yang aku baca kat bawah ni. Bukan sebab aku nak jadi kaya dari komisen. Tapi sebab aku rasa benda ni boleh jadi jalan keluar kecil untuk orang biasa macam kita yang selalu rasa tak cukup.
Kita Tak Perlu Jadi Pakar Untuk Mula
Kalau kau tunggu sampai kau “cukup ready”, “cukup mahir”, atau “cukup masa” – kau mungkin akan tunggu selamanya. Aku pun masih belajar, masih banyak blur. Tapi lepas aku baca ebook ni, at least aku tahu satu benda: aku ada option.
Canva bukan ubat semua masalah. Tapi dia boleh jadi titik mula. Dan kadang-kadang, yang kita perlukan cuma satu titik mula untuk ubah hidup sikit demi sikit.
So… kalau kau pun tengah cari “sesuatu” tapi tak tahu nak mula kat mana, maybe Canva boleh jadi permulaan kecil yang besar impact dia.
Aku dah pilih untuk explore. Sekarang giliran kau pula.

